Skip to content

Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025

Penilaian PERCUMA Kesejahteraan Kerja-Hidup

Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia ini, kami menjemput anda untuk merasai The Pause That Powers Progress (Rehat yang Membawa Kemajuan).

Luangkan sedikit masa untuk merenung diri dan memahami kesejahteraan anda dengan lebih mendalam melalui penilaian percuma dan sulit kami—direka khas untuk memberi gambaran menyeluruh tentang keadaan emosi, kerja, dan sosial anda pada masa ini.

Main Banner-3

Kesihatan mental yang lebih baik bermula dengan kesedaran

Adakah anda hadir ke tempat kerja walaupun berasa letih secara mental, hilang fokus, atau tidak sihat? Anda tidak keseorangan.

Corak ini, yang dikenali sebagai presenteeism, merupakan “kebocoran” senyap yang menjejaskan produktiviti dan kesejahteraan. Penilaian baharu kami adalah pemeriksaan sulit yang merangkumi tiga aspek utama: kesihatan Emosi, Kerja, dan Sosial anda.

Social

Boleh dilakukan oleh sesiapa, di mana sahaja

Clock

Kurang daripada 10 minit untuk disiapkan

Schedule

Hasil serta-merta dan maklum balas
berbentuk renungan daripada Luna

Luna-2

Kenali Luna

Memahami kesihatan mental anda lebih daripada sekadar satu skor. Itulah sebabnya keputusan penilaian anda kini disertakan dengan Luna, Pembantu Penjagaan AI baharu daripada Naluri yang direka untuk membantu anda memahami keputusan anda dan menemukan jalan yang jelas untuk terus maju

Get Human Like Insights

Dapatkan Pandangan Seakan-Manusia

Icon 2-Aug-06-2025-02-21-04-9080-AM

Terima Saranan Tindakan

Icon 3-Aug-06-2025-02-17-35-8070-AM

Sambung ke Sokongan Lanjutan

Soalan Lazim (FAQ)

Tentang kempen

Kempen ini tentang apa?

Kempen The Pause That Powers Progress ini adalah sebahagian daripada inisiatif tahunan kami sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia yang berlangsung dari 1 hingga 31 Oktober. Ia menggalakkan anda mengambil rehat yang bermakna untuk merenung kesejahteraan emosi, kerja, dan sosial anda melalui penilaian ringkas berasaskan sains—membantu anda melangkah ke hadapan dengan lebih kesedaran dan kejelasan

Apa yang boleh saya jangkakan daripada penilaian ini? Apa yang patut saya lakukan dengan keputusan saya?

Selepas menjawab semua soalan, anda akan menerima keputusan yang memaparkan tahap risiko (Rendah / Sederhana / Tinggi) dengan label yang jelas bagi setiap aspek. Anda akan mendapat gambaran ringkas tentang kesejahteraan semasa anda, bersama pandangan sokongan dan tip praktikal untuk membantu anda mengambil langkah seterusnya. Anda juga akan disambut oleh Luna, Pembantu Penjagaan AI baharu kami, yang direka untuk memudahkan anda memahami dan bertindak berdasarkan keputusan tersebut. Untuk maklumat lanjut tentang cara Luna berfungsi, sila rujuk bahagian ‘Tentang Luna’

Apakah itu “presenteeism” dan mengapa ia menjadi tema tahun ini?

Presenteeism adalah keadaan di mana seseorang hadir di tempat kerja secara fizikal, tetapi tidak berada dalam keadaan mental atau emosi yang baik—sering memaksa diri walaupun sedang mengalami tekanan, sakit, atau keletihan melampau (burnout). Tema tahun ini, “The Pause That Powers Progress”, menggalakkan kita semua untuk mengambil langkah ke belakang, merenung, dan mengutamakan kesihatan mental—kerana prestasi sebenar bermula dengan kesejahteraan.

Apakah yang diukur oleh Penilaian Kesejahteraan Kerja-Hidup Naluri? Ini adalah penilaian kendiri yang sulit dan direka untuk memberikan gambaran menyeluruh tentang kesejahteraan semasa anda. Penialian ini mengukur tiga aspek utama: kesihatan emosi anda (EWA-7), prestasi kerja anda (HPQ), dan tahap rasa keterhubungan sosial anda (UCLA-3).
Siapa yang boleh sertai? Sesiapa berumur 18 tahun ke atas dialu-alukan untuk mengambil bahagian, sama ada anda seorang profesional, pelajar, atau sedang tidak bekerja.
Berapa lama masa yang diperlukan untuk penilaian ini?

Ia mengambil masa kira-kira 5–10 minit untuk disiapkan. Anda boleh melakukannya sekali gus, dan semua jawapan akan kekal peribadi serta sulit.

Adakah ini tersedia dalam bahasa lain? Ya! Kempen ini tersedia dalam enam bahasa, termasuk Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, Bahasa Indonesia, Thai, Vietnam, dan Cina Ringkas.

Tentang Luna

Siapakah Luna?

Luna ialah pembantu penjagaan AI anda, direka untuk menyokong perjalanan kesejahteraan emosi anda dengan empati dan kasih. Dia dicipta untuk menawarkan ruang sokongan yang selamat dan bebas daripada penghakiman, membantu anda membina kekuatan dalaman, kesedaran diri, dan ketahanan. Dalam kempen ini, Luna berperanan sebagai pemandu anda sepanjang penilaian sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia.

Apa yang Luna lakukan dalam kempen ini?

Luna akan menemani anda sepanjang proses penilaian dan memberikan renungan peribadi penuh kasih berdasarkan keputusan anda. Mesejnya direka untuk memberi rasa sokongan, ketenangan, dan sentuhan manusia, berasaskan jawapan serta profil peribadi anda. Dia akan memberikan ringkasan keputusan anda, menawarkan saranan lembut dan bersesuaian mengikut profil unik anda—seperti mencadangkan rehat singkat jika kesan kerja adalah tinggi—dan boleh mencadangkan penghubungan secara berhemah kepada pembimbing profesional Naluri jika dia mengenal pasti risiko emosi anda pada tahap sederhana atau tinggi.

Adakah Luna seorang insan sebenar?

Tidak, Luna adalah pembantu berkuasa AI, bukan manusia. Namun, dia direka dengan teliti untuk memberikan pengalaman yang seakan-manusia melalui nada suaranya yang tenang, baik hati, dan peka terhadap emosi.

Adakah Luna akan memberi saya nasihat atau memberitahu apa yang perlu dilakukan?

Luna tidak akan memberikan diagnosis atau memberitahu anda apa yang perlu dilakukan, tetapi dia akan menawarkan saranan lembut, tip, dan mencadangkan anda menghubungi pembimbing jika perlu. Walaupun dia direka untuk menyokong anda secara emosi, dia tidak menggantikan bantuan profesional mahupun klinikal.

Privasi anda

Adakah penilaian ini selamat dan terjamin?

Ya. Risiko yang berkaitan dengan penilaian ini adalah sangat rendah. Maklumat yang anda berikan akan disimpan secara sulit di pelayan selamat milik Naluri. Tiada maklumat pengenalan peribadi akan diambil, dan semua jawapan yang dikumpulkan akan kekal sulit di pihak Naluri. Hanya data yang telah digabungkan pada tahap populasi akan dikongsi sebagai hasil kajian penyelidikan

Beri perhatian kepada orang lain

Beritahu ahli keluarga, rakan, rakan sekerja, atau seluruh syarikat anda bahawa anda mengambil berat tentang mereka. Ajak mereka untuk menjalani penilaian ini supaya mereka juga dapat memulakan langkah menuju kesihatan mental yang lebih baik

WMHD-1

Rehat yang Membawa Kemajuan

Temui jalan anda menuju hari kerja yang lebih sihat—mulakan penilaian percuma anda sekarang.

WMHD 2023 Report

Lima Tahun Pandangan Serantau

Sejak lima tahun lalu, Naluri telah berusaha memberikan pandangan penting kepada kerajaan dan perniagaan di seluruh Asia untuk membantu mereka menangani cabaran penjagaan kesihatan yang semakin meningkat di rantau ini.

Level Up, Manage Up

Sumber WMHD 2025

Tahun ini, terokai tema presenteeism dan burnout melalui artikel pilihan dan webinar komuniti kami. Pelajari strategi praktikal untuk mendapatkan semula fokus anda.