Dengan mendaftar untuk cabaran kesihatan ini, anda bersetuju dengan terma dan syarat berikut:
1. Kelayakan:
a. Peserta mestilah berumur 18 tahun ke atas pada waktu pendaftaran.
b. Peserta perlu memberikan maklumat peribadi yang tepat dan lengkap semasa pendaftaran.
c. Peserta mestilah menetap di Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Vietnam, Hong Kong atau Filipina.
2. Penyertaan:
a. Penyertaan dalam cabaran kesihatan ini adalah secara sukarela dan atas risiko sendiri oleh peserta.
b. Peserta bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keselamatan dan kesejahteraan diri sepanjang cabaran berlangsung.
3. Garis Panduan Cabaran:
a. Peserta perlu mendaftar untuk cabaran ini bagi melayakkan diri menyertainya.
b. Peserta mungkin dikehendaki mencatat butiran dan pemikiran mereka dalam Jurnal Kesihatan Naluri sepanjang tempoh cabaran yang ditetapkan.
c. Peserta mesti mematuhi semua peraturan dan garis panduan yang ditetapkan oleh penganjur cabaran.
d. Sebarang bentuk penipuan atau penyalahgambaran dalam penyerahan akan menyebabkan penyertaan dibatalkan.
4. Privasi:
a. Data peserta yang dikumpulkan semasa pendaftaran dan sepanjang cabaran akan digunakan semata-mata untuk tujuan penganjuran dan penilaian cabaran ini.
b. Data peserta akan dikendalikan selaras dengan undang-undang dan peraturan perlindungan data yang terpakai.
c. Dengan menyertai cabaran ini, peserta yang layak bersetuju untuk terikat dengan Terma dan Syarat ini serta bersetuju dan memberikan keizinan agar data peribadi mereka dikumpulkan, diproses dan digunakan oleh Naluri mengikut Polisi Privasi Naluri.
Selain itu, dan tanpa menjejaskan terma dalam Polisi Privasi Naluri, peserta yang layak turut bersetuju dan memberi keizinan agar data atau maklumat peribadi mereka dikumpul, diproses dan digunakan oleh Naluri bagi:
a) tujuan pelaksanaan cabaran; dan
b) aktiviti pemasaran dan promosi yang dijalankan oleh Naluri, termasuk tetapi tidak terhad kepada sebarang bentuk media pengiklanan atau publisiti seperti rakaman audio dan/atau visual yang disiarkan melalui akhbar, rangkaian televisyen, stesen radio, media dalam talian dan digital serta di Internet.
Aktiviti pemasaran dan promosi ini termasuk, tanpa had, penggunaan dan/atau penerbitan sebarang maklumat yang diberikan dalam dan/atau berkaitan dengan penyertaan, bahan temu bual serta jawapan dan gambar yang berkaitan.
Sehubungan itu, peserta yang layak bersetuju untuk bekerjasama dan mengambil bahagian dalam semua aktiviti pengiklanan dan publisiti Naluri berkaitan cabaran ini.
5. Hak Milik Kandungan:
a. Peserta mengekalkan hak milik ke atas data jurnal kesihatan mereka sendiri serta sebarang kandungan lain yang dihantar sepanjang cabaran.
b. Dengan menyertai cabaran ini, peserta memberikan kebenaran kepada penganjur cabaran untuk menggunakan dan memaparkan nama, rupa, dan kandungan yang dihantar bagi tujuan promosi.
6. Ganti Rugi:
a. Peserta bersetuju untuk memberi ganti rugi dan tidak mempersalahkan penganjur cabaran, pihak bersekutu serta rakan kerjasama mereka daripada sebarang tuntutan, kerugian, kerosakan, atau liabiliti yang timbul daripada atau berkaitan dengan penyertaan mereka dalam cabaran ini.
7. Pembatalan Kelayakan dan Penamatan:
a. Penganjur cabaran berhak membatalkan kelayakan mana-mana peserta yang melanggar terma dan syarat atau terlibat dalam sebarang tingkah laku tidak beretika atau yang boleh memudaratkan.
b. Penganjur cabaran (Naluri) berhak untuk menamatkan atau mengubah cabaran ini pada bila-bila masa tanpa sebarang notis awal.
8. Had Liabiliti:
a. Penganjur cabaran tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kecederaan, kerugian, atau kerosakan kepada harta peribadi atau kesihatan peserta sepanjang tempoh cabaran.
9. Undang-undang dan Bidang Kuasa:
a. Terma dan Syarat ini akan ditadbir mengikut Undang-undang Malaysia dan tertakluk kepada bidang kuasa eksklusif Mahkamah di Malaysia.
Dengan mendaftar untuk cabaran kesihatan ini, anda mengakui bahawa anda telah membaca, memahami dan bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat ini.
Kegagalan untuk mematuhi terma ini boleh menyebabkan pembatalan kelayakan daripada cabaran.
Untuk maklumat, pertanyaan, maklum balas dan/atau aduan berkaitan cabaran ini, sila hubungi hello@naluri.life.