Kandungan

Dasar Privasi

Naluri amat mementingkan privasi dan keselamatan data. Data peribadi anda tidak akan dikongsi dengan mana-mana pihak ketiga.

Jika anda mendaftar melalui syarikat insuran atau majikan anda, hanya keputusan agregat ujian darah dan penglibatan atas talian dalam aplikasi Naluri sahaja yang akan diberikan kepada penaja anda. Identiti anda tetap akan dirahsiakan.

Perbualan anda bersama pembimbing kesihatan anda hanya boleh diakses secara dalaman antara ahli pembimbing Naluri sahaja. Kami di Naluri akan mengambil langkah-langkah bagi memastikan pasukan pembimbing kami terikat dengan tanggungjawab untuk menjaga privasi dan keselamatan data peribadi anda.

Naluri menggunakan sistem keselamatan, penyulitan dan penyimpanan data yang diiktiraf antarabangsa terkini untuk melindungi semua data.

Kami, di Naluri, berkomitmen untuk melindungi Data Peribadi anda dan meletakkan hal melindungi privasi anda sebagai keutamaan kami. Kami berkomitmen untuk mengawal sepenuhnya maklumat peribadi dan kesihatan anda dalam kebanyakan keadaan. Kami tidak akan mendedahkan atau menggunakan maklumat anda untuk tujuan lain kecuali yang dinyatakan di bawah.

Pengumpulan dan Pemprosesan Data Peribadi

Dengan ini kami, Naluri Hidup Sdn Bhd (1222842-H). dan setiap syarikat yang berkaitan dengan (selepas ini akan dirujuk sebagai “Pihak Syarikat”, “kami” atau “kepunyaan kami”) (sama ada diuruskan oleh kami atau tidak) telah atau akan mengumpul, merekod, memegang, menyimpan, mengguna, mendedahkan dan/atau memproses satu, atau semua kategori maklumat peribadi anda seperti yang berikut:

  • Maklumat utama: nama, jantina, tarikh lahir, kewarganegaraan, kerakyatan;

  • Maklumat untuk dihubungi: alamat rumah, alamat surat-menyurat, alamat penerimaan bil, nombor telefon rumah dan nombor telefon bimbit, alamat emel, alamat pejabat, nombor telefon kerja;

  • Maklumat pampasan/pembayaran: maklumat akaun bank, maklumat kad kredit, maklumat perbankan, rekod kredit;

  • Maklumat pengesahan: maklumat yang berkaitan dengan pengesahan identiti, termasuk jenis pengenalpastian, nombor kad pengenalan;

  • Maklumat kesihatan: contohnya tinggi, berat, rekod perubatan keluarga, sejarah penyakit kronik;

  • Maklumat lain: contohnya resume atau CV semasa memohon pekerjaan dengan Pihak Syarikat;

  • Maklumat lain yang anda berikan secara sukarela melalui borang input teks percuma, soal selidik berbilang jenis, sembang atau cara lain.

  • Maklumat berkaitan dengan sesi dalam talian: jenis dan versi pelayar, sistem operasi, nama domain; dan

  • Apa-apa maklumat yang sepatutnya dan penting dari semasa ke semasa yang berkaitan dengan hubungan komersial anda dengan pihak kami. (secara kolektif, “Data Peribadi”)

  • Data yang dikongsi melalui pendaftaran berdasarkan Google adalah nama dan alamat e-mel ahli. Tujuan, pengumpulan dan pemrosesannya mematuhi tujuan, pengumpulan dan pemrosesan data pribadi seperti yang dinyatakan di sini.

Apabila anda telah mendedahkan maklumat peribadi bagi mana-mana individu, kami menganggap bahawa anda telah mendapat persetujuan daripada individu tersebut untuk perkongsian dan pemprosesan maklumat tersebut sama seperti yang telah tertera di dalam syarat pemberitahuan ini. (“Pemberitahuan”).

Sumber Informasi

Data Peribadi anda telah dan/atau akan diperoleh dari sumber berikut, yang berkenaan, atau sumber-sumber lain yang bersesuaian dari semasa ke semasa:

  • Maklumat yang anda berikan, termasuklah melalui laman web, media sosial dan aplikasi telefon;

  • Informasi yang diperolehi melalui aktiviti promosi;

  • Rekod yang disimpan dalam pelayar komputer anda apabila anda melawat laman sesawang;

  • maklumat yang boleh didapati atau diperoleh secara umum; dan

  • bentuk komunikasi lain secara lisan atau bertulis, atau dokumen yang diberikan kepada kami pada sebelum dan semasa termeterainya kontrak atau pra-kontrak antara kami dengan anda.

Memandangkan ketepatan Data Peribadi anda adalah sangat bergantung kepada maklumat yang anda berikan kepada kami, sila maklumkan kepada kami secepat mungkin jika terdapat sebarang kesalahan atau perubahan pada Data Peribadi anda.

Tujuan Pemprosesan Data Peribadi

Kami akan memproses Data Peribadi yang anda telah berikan kepada kami untuk tujuan-tujuan berikut, termasuk tetapi tidak terhad kepada (‘Tujuan’):

  • Untuk menguruskan penghantaran notis, perkhidmatan, atau produk kepada anda;

  • Untuk menguruskan dan mengesahkan akaun dan identiti anda; dan lengkapkan transaksi dengan anda;

  • Untuk memudahkan kami menyediakan servis yang terbaik untuk anda;

  • Untuk memberitahu anda tentang faedah dan perubahan pada perkhidmatan yang ditawarkan;

  • Untuk melindungi keselamatan dan kesejahteraan diri anda dan/atau pelanggan lain;

  • Untuk membolehkan anda mendapatkan tawaran dan mengambil bahagian dalam peraduan yang kami anjurkan;

  • Untuk menambah baik perkhidmatan kami;

  • Untuk menghantar kepada anda pengemaskiniani produk, berita dan acara terkini, ganjaran dan promosi, hak istimewa dan inisiatif yang ditawarkan oleh Syarikat, jika berkenaan;

  • Untuk mengekalkan rekod yang diperlukan untuk keselamatan, tuntutan atau tujuan undang-undang yang lain;

  • Untuk menjawab segala pertanyaan, aduan, komen, atau maklum balas yang anda hantarkan kepada kami;

  • Untuk mematuhi sebarang pelaksanaan peraturan, atau undang-undang yang dikenakan kepada kami oleh mana-mana pihak yang berkenaan;

  • Untuk memperkembangkan, memasarkan dan berkomunikasi dengan anda mengenai hal yang berkaitan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Syarikat;

  • Untuk berhubung dengan anda bagi tujuan tinjauan kepuasan produk dan pelanggan, serta kajian pemasaran;

  • Untuk menjalankan analisis statistik dan algoritma bagi pembelajaran mesin, dan mengumpul data supaya kami dapat memahami profil pelanggan kami dengan lebih mendalam, serta meningkatkan mutu perkhidmatan kami kepada anda;

  • Untuk menghasilkan data, laporan dan statistik yang telah dirahsiakan nama atau digabungkan dengan cara yang tidak mendedahkan identiti anda sebagai individu;

  • Kepada pihak ketiga yang telah dikontrakkan untuk memberikan perkhidmatan kepada kami (seperti menyediakan analisis bagi pihak kami) untuk sebarang tujuan yang dinyatakan di atas. Apabila kami mendedahkan data peribadi anda kepada pihak ketiga, kami harus memastikan bahawa data tersebut hanya digunakan untuk memberikan perkhidmatan kepada kami;

  • Untuk tujuan lain yang diperlukan atau diizinkan oleh undang-undang, peraturan, panduan dan/atau pihak berwajib yang relevan.

  • Untuk pencegahan jenayah termasuk tetapi tidak terhad kepada penipuan, pengubahan wang haram, dan rasuah;

  • Untuk mematuhi sebarang syarat undang-undang atau peraturan yang berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan dan produk kami, dan untuk membuat pendedahan di bawah syarat undang-undang, peraturan, arahan, perintah pengadilan, panduan, pekeliling yang berkenaan untuk kami atau mana-mana syarikat ahli kami; dan/atau

  • Untuk memenuhi sebarang tujuan yang berkaitan secara langsung dengan tujuan di atas.

Pendedahan

Data peribadi yang diberikan kepada kami, secara amnya, akan dirahsiakan tetapi anda dengan ini mengizinkan dan memberi kebenaran kepada kami untuk memberikan dan/atau mendedahkan Data Peribadi anda kepada pihak-pihak berikut, yang mungkin berpusat/berada di dalam atau di luar Malaysia:

  • Sesiapa yang mewajibkan kami atau meminta untuk melakukannya di bawah undang-undang atau sebagai tindak balas kepada arahan yang sah dari agensi yang berwibawa atau kerajaan;

  • menurut perintah mahkamah yang mempunyai bidang kuasa yang kompeten;

  • sebarang syarikat dan anak syarikat yang berkaitan dengan Naluri Hidup; termasuklah yang bakal ditubuhkan di masa hadapan.

  • mana berkenaan, pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan atau produk yang berkaitan dengan perniagaan kami seperti vendor kami, rakan niaga, dan mana-mana pihak yang membantu kami dalam melaksanakan tujuan yang dinyatakan di atas;

  • pihak yang menyertai skim pemasaran bersama kami;

  • mana-mana ejen, kontraktor atau penyedia perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan pentadbiran, pemprosesan pesanan, penjelasan pembayaran, rujukan kredit, pungutan hutang atau perkhidmatan lain yang diperlukan untuk operasi perniagaan kami;

  • mana-mana pihak atau organisasi yang terikat dengan perjanjian keselamatan data dengan kami;

  • mana-mana individu yang kami percaya berniat baik dan di bawah kewajipan untuk membuat pendedahan seperti yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang;

  • agensi kerajaan, pihak berkuasa berkanun dan pengawal selia industri;

  • juruaudit, perunding, akauntan, peguam, penasihat kewangan atau penasihat profesional kami yang lain; dan/atau

  • subkontraktor kami atau pihak ketiga yang menyediakan perkhidmatan atau produk mengikut keperluan dan kesesuaian.

Di samping itu, maklumat peribadi anda juga mungkin boleh didedahkan dalam keadaan berikut:

  • Berdasarkan budi bicara, jika diputuskan bahawa pendedahan maklumat adalah diperlukan kerana terdapat ancaman terhadap kesihatan, keselamatan atau nyawa anda, atau orang lain.

Bagi kanak-kanak di bawah umur, di bawah Akta Kanak-kanak (2001), Naluri diberi mandat untuk melaporkan individu yang:

  • disyaki dicederakan secara fizikal atau emosi akibat perlakuan buruk;

  • disyaki telah diabaikan atau ditinggalkan.

Kesan yang disebabkan oleh kegagalan penyediaan dan persetujuan untuk Pemprosesan Data Peribadi

  • Kecuali untuk Data Peribadi yang Diproses untuk tujuan pemasaran langsung dan juga yang dinyatakan di atas, adalah wajib bagi Anda untuk menyediakan kategori Data Peribadi tertentu yang kami minta dari Anda untuk Tujuan tersebut. Kegagalan untuk memberikan dan menyetujui Pemprosesan Data Peribadi berkaitan dengan Tujuan akan:

    • mengakibatkan kami tidak dapat memberikan anda maklumat, notis, perkhidmatan dan / atau produk yang diminta; dan

    • mempengaruhi kemampuan pihak-pihak untuk membuat perjanjian yang diperlukan berkaitan dengan penyediaan perkhidmatan kami kepada anda.

  • Adalah pilihan bagi anda untuk menyediakan kategori Data Peribadi yang kami minta daripada anda untuk tujuan pemasaran langsung.

Hak Anda untuk Mengakses dan Membuat Pembetulan

Anda berhak untuk meminta akses ke dan/atau membetulkan Data Peribadi anda dan/atau menghadkan Pemprosesannya. Dalam hal ini, anda boleh:

  • periksa sama ada kami menyimpan atau menggunakan Data Peribadi anda dan meminta akses ke data tersebut;

  • meminta kami membetulkan mana-mana Data Peribadi anda yang tidak tepat, tidak lengkap atau ketinggalan zaman;

  • menarik balik, sepenuhnya atau sebahagian, persetujuan anda yang diberikan sebelumnya, dalam setiap kes yang tertakluk kepada apa-apa sekatan undang-undang, syarat kontrak dan jangka masa yang munasabah.

Harap maklum bahawa bayaran pentadbiran nominal mungkin dikenakan bergantung pada maklumat yang diminta dan jika diizinkan oleh undang-undang. Kami akan berusaha untuk memberikan maklumat tersebut kepada anda secepat mungkin; namun kami juga berhak untuk mendapatkan pengesahan bagi memastikan kesahihan informasi tersebut. Kami juga mungkin akan menolak untuk memenuhi permintaan akses data dalam keadaan seperti yang ditentukan oleh undang-undang.

Walaubagaimanapun, Naluri berhak untuk menolak akses ke maklumat dan data peribadi anda mengikut budi bicara pembimbing kesihatan:

  • bahawa akses ke maklumat ini akan mengakibatkan ancaman yang serius terhadap kehidupan, kesihatan atau keselamatan individu yang terlibat atau individu lain;

  • permintaan maklumat adalah terlalu remeh atau menyusahkan; dalam hal ini, individu tersebut akan diminta untuk memberikan sebab yang munasabah untuk mengakses maklumat tersebut.

Dasar Penyimpanan Data

Kami akan menyimpan Data Peribadi anda selama yang diperlukan untuk memenuhi tujuan yang dinyatakan dalam Dasar Privasi dan Pernyataan Pengumpulan Maklumat Peribadi ini dengan mematuhi semua syarat undang-undang dan peraturan di Malaysia, tidak melebihi 1 tahun dari tempoh persetujuan terkini diperolehi melalui pendaftaran atau menggunakan servis berkaitan dengan penyimpanan Data Peribadi.

Pemohon Pekerjaan

Data Peribadi yang diberikan semasa permohonan pekerjaan akan digunakan untuk menentukan kesesuaian anda dengan jawatan yang ditawarkan Syarikat dan jika perlu, syarat pekerjaan atau penglibatan anda. Maklumat anda juga akan digunakan untuk memantau inisiatif pengambilan pekerja kami dan dasar peluang sama rata. Maklumat anda mungkin didedahkan kepada pihak ketiga untuk mendapat pengesahan atau memperoleh maklumat tambahan termasuk institusi pendidikan, majikan semasa / sebelumnya dan agensi rujukan kredit. Anda juga boleh menghubungi kami untuk mengetahui agensi rujukan kredit yang kami gunakan. Permohonan yang tidak berjaya mungkin akan dikekalkan untuk mendapatkan peluang pekerjaan di masa akan datang bersesuaian dengan kemahiran anda

Persetujuan

Dengan menyerahkan data peribadi anda, anda telah bersetuju dengan penggunaan data peribadi tersebut seperti yang dinyatakan dalam Polisi ini. Sekiranya kami mengubah Dasar kami, kami akan menerbitkan versi yang baru di halaman ini dan memberitahu anda tentang sebarang perubahan yang dilakukan. Penggunaan perkhidmatan kami secara berterusan menandakan bahawa anda telah bersetuju dengan perubahan tersebut.

Pemberitahuan Perubahan

Harap maklum bahawa Dasar ini mungkin diubah dari semasa ke semasa mengikut peraturan dan undang-undang yang berkenaan dan variasi tersebut mungkin tertakluk untuk anda. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, anda akan diberitahu, dan versi terbaru Dasar ini akan diberikan semua pelanggan.

Hubungi

Naluri komited untuk melindungi data peribadi anda dan berusaha untuk memberikan pengalaman pengguna yang selamat dan terjamin. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan (termasuk hak akses dan pembetulan anda), komen atau cadangan mengenai Dasar Privasi ini atau Data Peribadi anda, kami sangat mengalu-alukannya daripada pihak anda. Sila hubungi:

Nazrul Hazwan
Customer Experience Team Leader
Email: hello@naluri.life
Tel: +60320117309

Sekiranya anda tinggal di Kawasan Ekonomi Eropah, pindaan tambahan mungkin berlaku untuk Anda yang diatur oleh GDPR, oleh itu kami menyatakan perkara berikut:

PENYATA PEMATUHAN GDPR

Kami menghormati dan mematuhi Peraturan Perlindungan Data Umum EU (GDPR).

Cara utama kami mematuhi peraturan ini adalah:

Persetujuan

Kami menerangkan apa yang anda persetujui dengan jelas dan tanpa 'legalese', dan meminta anda secara terang-terangan bersetuju untuk menghubungi kami.

Pemberitahuan Pelanggaran

Sekiranya berlaku pelanggaran, kami akan memberitahu pengguna yang terjejas dalam masa 72 jam sejak pertama kali mengetahui pelanggaran tersebut.

Hak untuk Akses

Pengguna dapat meminta pengesahan mengenai apakah data pribadi mengenai mereka sedang diproses, di mana dan untuk tujuan apa. Selanjutnya, kami akan memberikan salinan data peribadi, secara percuma, dalam format elektronik.

Hak untuk dilupakan

Setelah kami membandingkan hak (subjek) anda dengan "kepentingan umum terhadap ketersediaan data", kami mungkin akan menghapuskan data peribadi anda sekiranya ada permintaan dari anda.

Kemudahalihan Data

Kami membenarkan anda menerima data peribadi mengenai anda, yang akan kami berikan dalam 'format yang biasa digunakan dan dapat dibaca oleh mesin' dan anda berhak untuk menghantar data tersebut kepada 'pengawal'.

Kuki

Kuki adalah fail teks kecil yang diletakkan di simpanan penyemak imbas anda. Mereka membantu kami mengumpulkan maklumat log Internet standard dan maklumat tingkah laku pelawat. Semasa anda melayari laman web kami atau menggunakan produk kami, kami mungkin mengumpulkan maklumat dari anda secara automatik melalui kuki atau teknologi serupa.

Untuk maklumat lebih lanjut, lawati https://allaboutcookies.org

  • Bagaimana kami mengunakan kuki?

    Kami menggunakan kuki dengan pelbagai cara untuk meningkatkan pengalaman anda di laman web kami, termasuk:

    • Memastikan anda log masuk

    • Memahami cara anda menggunakan laman web kami

    • Lindungi laman web kami dari aktiviti berbahaya seperti pendaftaran dan bot automatik

    • Penggabungan data tanpa nama untuk membantu kami menghasilkan laporan penggunaan seperti kawasan geografi, jenis peranti, dan jenis penyemak imbas.

  • Apakah jenis kuki yang kami gunakan?

    Terdapat sebilangan besar jenis kuki, namun laman web kami menggunakan:

    Fungsi - Syarikat kami menggunakan kuki ini supaya kami mengenali anda di laman web kami dan mengingati pilihan anda yang dipilih sebelumnya. Ini termasuk bahasa yang anda sukai dan lokasi tempat anda berada. Gabungan kuki pihak pertama dan pihak ketiga digunakan.

    Agregasi - Syarikat kami menggunakan cookies ini untuk mengumpulkan maklumat mengenai lawatan anda ke laman web kami, kandungan yang anda lihat, pautan yang anda ikuti dan maklumat mengenai penyemak imbas, peranti, dan alamat IP anda. Syarikat kami kadang-kadang berkongsi beberapa aspek terhad data ini dengan pihak ketiga untuk tujuan keselamatan. Kami juga boleh berkongsi data dalam talian yang dikumpulkan melalui kuki agregasi dengan sub pemproses yang mematuhi GDPR yang lain.

    Kuki Pemasaran - Kami mungkin menggunakan kuki dan teknologi penjejakan yang serupa (seperti suar web dan piksel) untuk mengakses atau menyimpan maklumat. Maklumat khusus tentang bagaimana kami menggunakan teknologi tersebut dan bagaimana anda boleh menolak kuki tertentu dinyatakan dalam Dasar Kuki kami.

  • Bagaimana menguruskan kuki?

    Anda boleh menetapkan penyemak imbas anda agar tidak menerima kuki, dan laman web di atas memberitahu anda cara membuang kuki dari penyemak imbas anda. Namun, dalam beberapa kes, beberapa ciri laman web kami mungkin tidak berfungsi sebagai hasilnya.

Di mana kami menyimpan data anda?

Ringkasnya: Kami mungkin memindahkan, menyimpan, dan memproses maklumat anda di negara selain negara anda. Sumber komputasi kami terletak di Malaysia, tetapi kami mungkin menggunakan penyelesaian Hybrid Cloud di wilayah lain juga. Kami bagaimanapun akan mengambil semua langkah yang diperlukan untuk melindungi maklumat peribadi anda sesuai dengan kebijakan privasi ini dengan menggabungkan Perlindungan yang Wajar, Undang-Undang Perlindungan Data yang Memadai, dan Persetujuan Eksplisit.

Privasi berdasarkan Reka Bentuk

Kami menerapkan langkah-langkah teknikal dan organisasi yang sesuai, dengan cara yang efektif, untuk memenuhi persyaratan Peraturan ini dan melindungi hak-hak subjek data '. Kami menyimpan dan memproses hanya data yang sangat diperlukan untuk menyelesaikan tugas kami (pengurangan data), dan juga membatasi akses ke data peribadi bagi mereka yang perlu melakukan pemrosesan.

Sekiranya kami bergantung pada persetujuan anda untuk memproses maklumat peribadi anda, anda berhak menarik balik persetujuan anda pada bila-bila masa. Walau bagaimanapun, harap maklum bahawa ini tidak akan mempengaruhi kesahihan proses sebelum penarikannya.

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan mengenai pemprosesan data atau dasar privasi ini, anda haruslah menghubungi talian perkhidmatan sokongan kami menggunakan hello@naluri.life

Sekiranya anda ingin melaporkan aduan atau jika anda merasakan bahawa syarikat kami tidak menangani masalah anda dengan cara yang memuaskan, anda boleh menghubungi Pegawai Perlindungan Data kami secara bertulis menggunakan surat yang dialamatkan.

Ahmad Shah Hafizan Hamidin
Naluri Hidup Sdn. Bhd.
22, Persiaran Damansara Endah, Bukit Damansara,
50490 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Sekiranya anda memerlukan bantuan tambahan sebagai hasil dari keprihatinan sehubungan dengan keputusan DPO kami, Anda memiliki hak undang-undang untuk menghubungi Lembaga Perlindungan Data Eropah di negara tempat Anda tinggal. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Organisasi Ahli sila ikuti pautan:

https://edpb.europa.eu/about-edpb/board/members_en

Dasar Privasi Laman Web atau Syarikat Lain

Laman web kami mengandungi pautan ke laman web lain atau dapat memberikan perkhidmatan ke laman web pihak ketiga. Dasar privasi kami dikhususkan untuk laman web kami, jadi jika anda mengklik pautan ke laman web lain atau menggunakan perkhidmatan melalui penyedia pihak ketiga, anda harus membaca dasar privasi mereka.

Terma dan Syarat Naluri

Jika anda telah membaca Dasar Privasi kami, memahami hak privasi anda dan bersetuju untuk meneruskan perkhidmatan Naluri, sila rujuk kepada Terma dan Syarat.