Kesihatan Mental

Mengapa Anda Perlu Mempertimbangkan Untuk Membuat Penilaian Kesihatan Mental

Gejala kemurungan, kegelisahan, dan tekanan adalah emosi negatif yang biasa. Ramai orang mengalami satu atau lebih daripada gejala ini secara berkala tetapi biasanya dapat mengurus emosi mereka dengan mudah.

Apabila gejala ini berterusan dan tidak ditangani dari semasa ke semasa, ia boleh membawa kepada gangguan kesihatan yang kronik seperti gangguan keresahan yang biasa, gangguan kemurungan yang teruk, hipertensi, penyakit kardiovaskular, diabetes, kanser dan lain-lain.

Penilaian kesihatan mental adalah salah satu cara pantas untuk anda memeriksa emosi bagi bertujuan mengenal pasti faktor risiko anda. Tetapi tidak semua penilaian kesihatan mental dalam talian yang dibuat adalah sama. Sebagai contoh, sebarang penilaian kesihatan mental dalam talian yang bermaksud untuk mendiagnosis keadaan adalah sesuatu yang signifikan yang merujuk kepada amaran tentang keadaan buruk atau sesuatu yang berbahaya. Sehingga ke hari ini, tidak ada penilaian kesihatan mental dalam talian yang dapat melakukannya. Hanya pakar kesihatan mental profesional yang berkelayakan sahaja yang dapat mendiagnosis keadaan.

Dalam penilaian kesihatan mental yang ditawarkan di Naluri, ianya menggunakan Skala Depresi, Kecemasan, dan Tekanan (DASS-21). Penilaian diri ini boleh dipercayai dan diterima secara meluas yang dirancang khusus untuk membantu menentukan faktor risiko kemurungan, keresahan dan tekanan dengan efektif.

Apa itu DASS-21?

DASS-21 adalah penilaian piawai yang terdiri daripada 21 pernyataan yang mudah dan senang ditafsirkan; misalnya, "Saya merasa sukar untuk bertenang", atau "Saya merasa kecewa dengan perkara-perkara yang sangat remeh."

Anda akan diminta menggunakan skala empat titik bagi tahap keparahan (teruk) atau kekerapan untuk menilai sejauh mana anda mengalami tiga keadaan emosi negatif iaitu kemurungan, kegelisahan dan tekanan dalam tempoh 1 minggu yang lalu.

  • Skala kemurungan yang menilai disforia, putus asa, rasa diri atau hidup tidak berguna atau penting, penolakan diri, kurang minat / penglibatan, anhedonia (ketidakupayaan untuk merasakan keseronokan) dan inersia

  • Skala keresahan yang menilai rangsangan autonomi, kesan otot rangka, kebimbangan keadaan dan pengalaman subjektif daripada pengaruh atau kesan keresahan.

  • Skala tekanan pula sangat sensitif terhadap tahap rangsangan kronik yang tidak spesifik. Ia menilai kesukaran untuk bersantai, saraf rangsangan dan mudah gelisah, mudah marah atau terlalu reaktif serta tidak sabar.

Setiap keadaan emosi negatif ini tujuh pernyataan yang memerlukan input anda. Pada akhir ujian nanti, anda akan diberikan penilaian keparahan risiko. Naluri menilai skor anda menerusi penilaian risiko sama ada Rendah, Ringan, Sederhana atau Tinggi.

Selain memberikan anda pemahaman yang lebih baik mengenai keadaan emosi anda, penilaian ini juga memenuhi keperluan kedua-dua penyelidik dan pegawai perubatan yang ingin mengukur perubahan emosi dari semasa ke semasa (seperti contoh; semasa tempoh rawatan).

Bolehkah DASS-21 mendiagnosis keadaan kesihatan mental saya?

Tidak, DASS-21 adalah alat saringan, bukan alat diagnostik. Ujian ini hanya berfungsi sebagai saringan awal dan pengesahan diagnosis oleh pegawai perubatan adalah diperlukan.

Bahkan, tiada penilaian dalam talian yang dapat mendiagnosis keadaan kesihatan mental atau membantu anda menemui kemungkinan penyebab bagi negatif emosi negatif anda. Hanya pakar kesihatan profesional yang terlatih dapat memberikan diagnosis dan terapi bicara yang dapat mengenalpasti simptom dan sebagai indikator awal sama ada anda perlukan rawatan kesihatan mental atau tidak.

Sebaliknya, skor tinggi dalam penilaian kesihatan mental ini adalah panduan kualiti hidup dan gangguan emosi yang buruk yang mana anda disarankan untuk mendapatkan bantuan dan sokongan segera.

Mengapa saya perlu mengambil penilaian kesihatan mental jika ia tidak dapat memberikan saya diagnosis?

Penilaian kesihatan mental dalam talian dapat membantu anda menguruskan dan seterusnya, mengekspresikan emosi dengan lebih baik, langkah pertama yang sangat penting sebagai salah satu proses yang dijalankan.

Hal ini kerana kesihatan mental dan fizikal saling berkaitan, dapat memahami keadaan emosi anda dan faktor risiko boleh membantu menjaga kesihatan fizikal anda juga.

Sebagai contoh, tekanan yang berpanjangan adalah punca langsung keadaan kronik yang lazimnya berlaku seperti diabetes, kanser dan obesiti. Kemurungan boleh membawa kepada gejala fizikal yang lemah seperti keletihan, masalah pencernaan, sakit kepala, sakit belakang dan kekejangan otot. Selain itu juga, keresahan boleh menyebabkan debaran jantung, insomnia, dan berpeluh yang berlebihan di mana boleh membawa kepada masalah kardiovaskular.

Penilaian kesihatan mental seperti DASS-21 membantu anda mengikuti perubahan mood dalam jangka masa tertentu - biasanya tidak lebih dari 7 hingga 14 hari. Keputusan anda mungkin menunjukkan bahawa anda perlu mengawal selia diri atau mendapatkan bantuan.

Adakah ini bermaksud saya perlu menilai kesihatan mental saya secara berkala?

Pemeriksaan kesihatan mental biasa, seperti pemeriksaan kesihatan fizikal menerusi daftar masuk adalah disyorkan untuk membantu anda memahami bagaimana emosi anda benar-benar memberi kesan kepada diri dan untuk menjejaki perubahan kesihatan mental anda dari semasa ke semasa.

Di manakah saya boleh mengakses penilaian kesihatan mental yang dipercayai? Adakah saya perlu membayarnya?

Penilaian kesihatan mental Naluri, jika anda ingin mengulang terutamanya ujian saringan DASS-21, ianya tersedia untuk sesiapa sahaja secara percuma dan mengambil masa kurang dari 5 minit untuk selesai. Setelah selesai, anda akan memperoleh keputusan penilaian tersebut dan rekod akan disimpan secara sulit dan rahsia. Anda boleh mengakses penilaian kesihatan mental Naluri di sini.

Jika anda mendapati peperiksaan kesihatan mental Naluri membantu, kami menggalakkan anda untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan keluarga anda supaya mereka dapat menjejaki kesejahteraan kesihatan mental mereka sendiri. Menggunakan penilaian juga merupakan kaedah terbaik untuk merangsang perbincangan mengenai kesihatan mental termasuk menggalakkan orang ramai untuk dapatkan pertolongan.

Naluri dapat membantu anda membina daya tahan dan meningkatkan kesihatan dengan membina tabiat baru yang positif dan konsisten. Aplikasi Naluri menghubungkan anda dengan pasukan pakar kesihatan profesional kami termasuk jurulatih kecergasan, pakar diet dan pegawai perubatan yang diketuai oleh psikologis klinikal. Untuk menjadi diri anda yang paling sihat dan terbaik, ambil penilaian kesihatan mental sebagai langkah permulaan bersama Naluri.

Written by:
Chloe Pharamond