fbpx

PASUKAN KAMI

INDIVIDU DALAM MISI


Kenali pasukan yang menjadi tulang belakang kepada Naluri. Kami adalah individu yang mempunyai pengalaman dan kepakaran yang berbeza namun misi dan visi yang sama, iaitu untuk membantu komuniti setempat untuk menjadi lebih sihat

JURULATIH KESIHATAN KAMI

PENGASAS KAMI

AZRAN OSMAN RANI

Ketua Pegawai Eksekutif


Azran Osman Rani merupakan seorang usahawan yang mempunyai lebih dari 20 tahun pengalaman dalam membina perniagaan yang baru, inovatif dan mencabar konvensional status quo. Beliau merupakan Ketua Pegawai Eksekutif yang mengasaskan AirAsia X Berhad dan memimpinnya dari start-up ke IPO dalam tempoh 6 tahun, mengecapi pulangan tahunan lebih daripada RM 3 bilion dengan lebih daripada 2,500 pekerja.

Beliau juga merupakan sebahagian daripada pasukan yang mengasaskan iflix, sebuah syarikat yang menawarkan perhidmatan penstriman video atas talian. Sebagai ketua pegawai eksekutif di Malaysia, beliau telah membantu dalam meningkatkan skalanya ke 650 orang pekerja di lebih daripada 20 negara dalam 2 tahun. Beliau juga merupakan rakan kongsi bersekutu di McKinsey & Company. Beliau mempunyai ijazah sarjana dalam pengurusan sains & kejuruteraan dan ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan elektrik dari Stanford University. Beliau juga merupakan seorang Ironman triathlete dan berminat tentang kesihatan dan kecergasan.

www.azranosmanrani.com

Pengasas Kami

DR. JEREMY TING

Ketua Pegawai Komersial


Dr. Jeremy Ting mempunyai minat dalam kedua-dua penjagaan kesihatan dan teknologi. Beliau mempunyai pengalaman dalam industri penjagaan kesihatan, menasihati syarikat insurans dan pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan dari segi strategi, penambahbaikan dari segi operasi dan pemulihan, konfigurasi semula perkhidmatan, transformasi digital dan lain-lain lagi. Beliau juga pernah berkhidmat dengan kerajaan dalam topik berkaitan dengan pembangunan ekonomi dan juga pelabur strategik dan institusi dalam kemasukan dan pemerolehan pasaran penjagaan kesihatan.

Jeremy kerja dilatih dan bekerja sebagai seorang doctor perubatan di UK dan US dan 6 tahun di McKinsey & Company di pejabat UK dan Asia Tenggara. Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam perubatan dan pembedahan dan juga ijazah sarjana muda dalam sains perubatan (Neurosains) dari University of Oxford.

Pengasas Kami

DR. HARIYATI SHAHRIMA

Ketua Psikologi Kesihatan


Dr. Hariyati Shahrima Abd Majid (PhD dalam Psikologi Kesihatan, Surrey) merupakan pakar terkemuka di Malaysia dalam pengurusan stress, pengurusan kronik dan wawancara motivasi (motivational interviewing), dengan lebih daripada 20 tahun pengalaman dalam klinikal dan kajian.

Bidang penyelidikan dan amalan klinikal khusus beliau adalah dalam peramal psikologi pemulihan daripada penyakit jantung koronari dalam kalangan rakyat Malaysia dan peramal kesediaan menghadiri program pemulihan jantung. Pengalaman akademiknya adalah di Universiti Islam Malaysia, dan beliau juga menubuhkan Pusat Pengubahsuaian Gaya Psikologi dan Gaya Hidup di Pusat Perubatan Prince Court. Beliau adalah ahli psikologi perunding untuk rancangan TV Biggest Loser Asia.

linkedin.com

LEMBAGA PENASIHAT KAMI

TOP