Ada hari di mana hadir ke tempat kerja pun sudah terasa seperti pergi berperang. Pada pandangan orang lain, anda wujud secara fizikal dan kerja pun siap. Tetapi di dalam, anda sedang memikul perjuangan secara senyap yang membuatkan diri rasa terpisah, letih, dan mula mempersoalkan makna bekerja.
Inilah kos tersembunyi apabila kita terus memaksa diri: kerja tidak lagi tentang memberikan yang terbaik, tetapi sekadar cuba bertahan hingga ke penghujung hari. Jika perkara ini terasa dekat dengan pengalaman anda, ketahuilah anda tidak keseorangan. Ramai antara kita bergelut untuk meletakkan diri sendiri sebagai keutamaan di tempat kerja kerana rasa bersalah atau malu yang kuat, seolah-olah kita patut “redah sahaja.”.
Kita sering jadi pengkritik paling keras terhadap diri sendiri, dan mudah menyalahkan diri kerana tidak “berusaha cukup kuat.” Namun, sudah tiba masanya kita ubah cara fikiran itu — bahawa berhenti sejenak atau berehat bukan tanda “malas.”
Sempena Hari Kesihatan Mental Sedunia, mari kita bincangkan tentang kos tersembunyi terhadap kesejahteraan mental apabila anda hadir bekerja dalam kekosongan. Menekan butang jeda sebenarnya membuka ruang untuk kemajuan, bukannya melambatkan.
Dalam dunia yang terlalu menekankan produktiviti, di mana budaya kerja tanpa henti mengagungkan tekanan dan tidak memberi ruang untuk mereka yang perlukan rehat, terus memaksa diri di tempat kerja sering terasa seperti satu-satunya pilihan. Ia mencipta kitaran di mana kita meyakinkan diri bahawa kita hanya perlu terus tabah, dan akhirnya cahaya di hujung terowong akan muncul.
Namun, cabarannya terletak pada sesuatu yang tidak kelihatan. Semua orang menganggap anda mampu mengawal keadaan kerana anda “masih hadir bekerja.” Hakikatnya, inilah yang membuatkan pergolakan senyap dalam diri mudah terlepas pandang, bukan sahaja oleh orang lain, tetapi juga oleh anda sendiri.
Dan bila dibiarkan tanpa ditangani, kesannya sering muncul dalam cara yang halus tetapi berpanjangan:
Bila kita bercakap tentang kesejahteraan di tempat kerja, isu absenteeism (tidak datang bekerja langsung) selalunya diberi perhatian utama. Namun ada satu lagi bentuk pergolakan yang lebih senyap: presenteeism. Ini berlaku apabila anda hadir secara fizikal tetapi sebenarnya keletihan secara mental dan emosi.
Berbeza dengan presenteeism, absenteeism lebih mudah dilihat dan diukur. Ia merangkumi kerap ponteng kerja tanpa notis, datang lewat berulang kali, atau pulang lebih awal dari sepatutnya. Presenteeism pula sering terlepas pandang. Ia berlaku tanpa diduga dan berlarutan jauh lebih lama daripada yang wajar.
Untuk melihat betapa seriusnya presenteeism, sebuah Kaji Selidik AIA Vitality 2019 bertajuk bertajuk “Malaysia’s Healthiest Workplace” mendedahkan bahawa Malaysia kehilangan purata 73.3 hari bekerja bagi setiap pekerja setahun akibat absenteeism dan presenteeism pada tahun 2019, berbanding pasaran lain yang turut dikaji.
Berikut adalah beberapa perbezaan utama antara absenteeism dan presenteeism:
Belajar untuk berundur sejenak dan berhenti apabila anda terperangkap dalam kitaran memaksa diri mungkin terasa janggal. Namun, ketahanan sebenar ialah apabila anda tahu bila perlu berhenti dan meminta bantuan. Rujuk kerangka ringkas ini yang boleh anda gunakan bila-bila masa anda memerlukannya.
Jika anda menguruskan sebuah pasukan, penting untuk memastikan mereka tahu bahawa tidak mengapa untuk berehat dan berhenti sejenak. Keselamatan psikologi adalah faktor utama dalam membina suasana kerja di mana pasukan rasa selesa untuk bersuara dan menunjukkan kelemahan.
Menurut satu tinjauan McKinsey, sebanyak 89 peratus responden pekerja mengatakan mereka percaya bahawa keselamatan psikologi di tempat kerja adalah sesuatu yang penting.
Mulakan langkah dengan mengadakan perbualan yang melangkaui KPI, seperti semakan tahap tenaga dan amalan yang dapat memupuk keselamatan psikologi.
Keselamatan psikologi berkembang apabila pemimpin menunjukkan kerendahan hati dengan mengakui kesilapan, memikul tanggungjawab, dan menerima amanah. Ia memberi isyarat kepada pasukan bahawa menjadi manusia dengan kelemahan juga sesuatu yang selamat untuk dilakukan.
Langkah seterusnya menuju kesihatan mental yang lebih baik bermula dengan kesedaran. Dengan mengambil penilaian, anda dapat memahami faktor risiko dan mula bertindak. Pertimbangkan untuk mengambil Penilaian Kesihatan Mental Naluri, yang turut memberikan anda sumber percuma serta cadangan berdasarkan tahap risiko anda.
Penilaian ini juga merangkumi soalan tambahan tentang kehidupan kerja anda yang dapat membantu Naluri memahami faktor-faktor kehidupan yang mungkin memberi kesan kepada kesihatan mental anda.
Ketahui lebih lanjut tentang kempen Hari Kesihatan Mental Sedunia 2025 kami di sini.