fbpx

KISAH KEJAYAAN

DENGAR DARI PENGGUNA KAMI


Kami berbangga untuk menjadi sebahagian dari perjalanan anda untuk menjadi lebih sihat

Dr Fatin

Doktor Perubatan

"Saya ingin menjadi lebih sihat. Saya sentiasa merasakan diri saya gemuk, jadi saya ingin rasa selesa dan bahagia dengan penampilan saya. Naluri telah memberi motivasi kepada saya untuk bersenam. Sebelum saya menyertai program Naluri, saya sedang berusaha untuk bersenam dengan lebih kerap lagi. Saya telah memulakan senaman BBG dan walaupun tidak melakukannya secara konsisten, ia membuatkan saya terfikir untuk mula bersenam. Saya juga lebih prihatin terhadap apa yang saya makan. Saya juga telah mecuba untuk mengurangkan pengambilan makanan yang berasakan kanji iaiitu nasi dan mi."

Hasil :
Dr Fatin telah mengamalkan cara pemakanan yang sihat sejak memulakan program Naluri.

Amalina

Ejen Insurans

"Ketika memulakan Naluri, saya sedang membuat persediaan untuk berkahwin dan ini telah memberi saya semangat. Sejak program ini bermula, antara perubahan gaya hidup yang paling ketara yang telah saya lakukan adalah mendaki, berjalan dan jogging 2 ke 3 kali seminggu yang diselangi senaman HIIT dan latihan rintangan di rumah. Dari segi diet, saya selalu masak di rumah dan mengawal bahan-bahan yang digunakan. Sejak berkahwin, saya berasa kurang stres kerana mempunyai seseorang untuk berkongsi beban yang saya alami dan suami saya adalah motivasi untuk saya ersenam. Dia sentiasa menyokong apa yang saya lakukan."

Hasil :
Amalina berjaya untuk menjadi lebih sihat dan mengurangkan 9.5% dari berat badannya sejak menyertai program Naluri. Dia juga berjaya mencapai berat badan yang diidamkan pada hari perkahwinannya dan telah konsisten dalam usaha untuk menurunkan berat badannya.

Azri Tajri

Pelajar

"Naluri telah mencabar cara saya berfikir tentang diet. Sebelum menyertai Naluri, saya sering makan makanan yang berminyak dan setiap kali memikirkan tentang program diet, saya merasakan ianya sesuatu yang sukar dilakukan. Naluri memahami situasi saya dan telah membantu untuk menggantikan makanan kegemaran saya dengan alternatif yang lebih sihat. Saya dapati yang saya tidak memerlukan makanan berminyak yang saya kerap ambil sebelum ini, kerana pilihan yang sihat masih dapat menghilangkan rasa mengidam saya. Semakin hari, saya dapati terdapat perubahan dalam berat badan saya."

Hasil :
Azri kini lebih prihatin terhadap pengambilan pemakanan dan memantau secara konsisten pengambilan pemakanannya melalui jurnal makanan Naluri.

Mohan Subramanim

Setiausaha

"Sebelum menyertai Naluri, saya malas untuk makan secara sihat, saya kurang bersenam dan tahap stres saya meningkat kerana tertekan untuk mencari pekerjaan. Sejak menyertai Naluri, saya telah menganggap pembimbing saya sebagai sahabat sendiri. Pembimbing saya sering bertanyakan tentang prestasi saya untuk makan secara sihat dan bersenam. Dia sangat membantu dan menjadi tempat untuk saya bertanyakan pendapat dan nasihat. Dia memahami tabiat serta halangan yang saya hadapi dan membuat saya rasa bertanggungjawab atas pilihan yang saya lakukan. Modul penjagaan diri yang disyorkan juga membantu saya mengurangkan stres dan membuatkan saya lebih fokus dan bersemangat untuk meningkatkan kualiti pemakanan dan senaman saya."

Hasil :
Mohan telah mula bersenam 2-3 kali seminggu dan sedang mengamalkan pengambilan makanan yang sihat. Kini, Mohan dapat melihat perubahan positif dari segi penurunan berat badan beliau setelah mengikuti program Naluri.

TOP