fbpx

Tentang kami

MENCAPAI DIRI ANDA YANG LEBIH SIHAT

Merintis generasi seterusnya dalam terapi digital yang menggabungkan sains tingkahlaku, sains data dan reka bentuk digital untuk membina daya ketahanan mental yang diperlukan untuk mencapai matlamat anda dan mengatasi cabaran hidup.

Kita berusaha keras untuk menjadi sihat


Peratus dari jumlah populasi yang mengalami masalah obesiti

Sumber: WHO Non-communicable diseases country profiles, 2011

WALAUPUN KITA TAHU TERDAPAT KORELASI YANG JELAS ANTARA BERAT BADAN & PENYAKIT KRONIK


*Walaupun BMI bukanlah ukuran yang sempurna untuk menilai risiko kesihatan, tetapi terdapat korelasi antara ukuran BMI berat badan berlebihan (47.7%) dan ukuran lilit pinggang (>90cm untuk lelaki, >80cm untuk wanita) (48.6%)

Sumber: Dr. Feisul Mustapha, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysia, 2015 Health and Morbidity Survey, KKM, Institut Kesihatan Awam

PERUBAHAN GAYA HIDUP SECARA HOLISTIK DAPAT MENGURANGKAN PENYAKIT KRONIK DENGAN KETARA


Peratus risiko menghidap kencing manis dalam setahun

Pil plasebo dua kali sehari; Menerima maklumat tentang pemakanan dan senaman tetapi tiada kaunseling motivasi yang intensif

850mg Mtformin dua kali sehari, Menerima maklumat tentang pemakanan dan senaman tetapi tiada kaunseling motivasi yang intensif

Latihan pemakanan, senaman dan pengubahan tingkah laku secara intensif; pengurangan pengambilan kalori, menyasarkan penurunan berat badan sebanyak 7%; Senaman fizikal untuk 150 minit seminggu

Sumber: New England Journal of Medicine (2002)

SEMENTARA ITU, PENYELESAIAN YANG DISASARKAN SERING MEMPUNYAI KADAR PENGEKALAN YANG RENDAH


Kadar pengekalan selepas 12 bulan, peratus
26

Kesedaran & Nasihat Perubatan

National Health and Morbidity Survey (2006)

6.6

Program Diet Komersial

International Journal of Obesity (Apr, 2010)

28

Keahlian Gim

Health Club Management Handbook (2014)

10

Peranti Fitness

Time Magazine, Oct 2016

24

Program Kesihatan Korporat

Journal of Obesity (Jan, 2014)

Sumber: National Health and Morbidity Survey (2006); International Journal of Obesity (Apr, 2010); Health Club Management Handbook (2014); Time Magazine, Oct 2016; Journal of Obesity (Jan, 2014)

KETAHANAN MENTAL DAN MOTIVASI ADALAH KUNCI UTAMA UNTUK MENCAPAI HASIL YANG EFEKTIF


BERJAYA


Sudah mempunyai motivasi diri

Berorientasikan pencapaian dan matlamat

Mampu untuk memanfaatkan pengetahuan dan kemahiran yang ada

TIDAK BERJAYA


Mempunyai isu keyakinan dan kebolehan diri

Stres, Kerisauan dan Kemurungan

keletihan mental dan kesukaran untuk menyelesaikan masalah dan menghadapi cabaran hidup

4 CARA NALURI MENGENALPASTI CABARAN INI


Daripada memberitahu anda 'apa yang perlu dilakukan', Naluri memberi fokus untuk mengenalpasti 'mengapa' anda ingin berubah, dan memberi ruang untuk pengguna menentukan sendiri apa yang mereka ingin ubah (dengan bimbingan pakar untuk memastikan strategi yang dipilih dapat membantu pengguna mencapai matlamat kesihatan). Pendekatan kami di Naluri memberi fokus kepada 4 elemen utama iaitu:

TOP